Aisya Ismail

Monday, 25 September 2017

CARA DOWNLOAD VIDEO DARIPADA YOUTUBE

11:30 0
CARA DOWNLOAD VIDEO DARIPADA YOUTUBE
Assalamualaikum and hye readers~


Ramai yang masih tidak tahu cara-cara download video daripada youtube. Ai tak tahu jika ada aplikasi tertentu, tetapi ai menggunakan cara manual untuk download video di youtube. Jom ai kongsikan caranya.


Gambar hasil carian di google.com


1- Pergi ke website youtube iaitu https://www.youtube.com/. Klik je link yang ai bagi tu. Terus masuk website youtube.

2- Taip video yang korang nak di ruangan search. Jangan lupa enter.

3- Letakkan ss di hadapan url seperti di bawah dan enter.



4- Akan dapat seperti di bawah ini. Klik download. Tunggu loading. Siap! Check downloads file. Dah boleh didengar berulang kali tanpa ke halaman youtube. 




Senang je kan? Cara ini boleh juga digunakan melalui handphone. Tapi nanti handphone korang confirm berat. Selamat mencuba!






Saturday, 23 September 2017

GEMBIRA DATANG DENGAN SENDIRI

11:30 3
GEMBIRA DATANG DENGAN SENDIRI
Assalamualaikum and hye readers~


Apa khabar semua pembaca Ceritaaisyaismail? Kalau tak sihat pergi klinik cepat-cepat. Kalau sihat sejahtera, alhamdulillah! Boleh lah bekerja dengan berhemah. Yang tak berkerja tu, dah boleh sangat ni kalau nak mula buat kerja-kerja rumah. Selaraskan rutin kerja di rumah sama macam yang berkerja di pejabat. 


Hati ai hari ni berbunga-bunga riang sangat. Entah kenapa rasa lapang je dada ni. Orang kata, kalau rasa macam dalam hati ada taman tu tandanya jatuh cinta. Hahaha!





Korang nak tau tak apa favorite spot ai di office ni? Dekat tingkap office ai yang tak dilindungi dengan kabinet yang gedabak besar tu. Selalunya time lunch staff lain pergi lunch, tapi ai duduk mengenang nasib kat situ. Bawa bekal kan. So tak payah keluar. Dari situ ai boleh lah cuci mata tengok tasik yang sentiasa ada pengunjung tak kira masa. Korang percaya tak, pukul 12 tengahari panas terik pun ada orang yang gigih jogging! OMG! So not me. Yang memancing pun tak kurang juga. Tapi, selama ai bekerja di sini ai belum pernah selidik ikan apa yang ada dalam tasik tu.


Tapi dua tiga hari ni mendung je cuaca. Hujan tak kira masa. Bila tengah malam tu paling syok nak tido. Nyenyak sampai ke pagi. Waktu-waktu lain pun ai ok je. Cuma ai selalu berharap jangan lah hujan time pergi balik kerja. Basah lencun lah atas motor. Memang boleh naik kereta, tapi kena hadap lah dengan jammed sepanjang jalan. Kesian encik husband nak kena drive.


Macam biasa bila ai sampai office awal, ai memang sempat sangat nak scroll facebook, instagram dan twitter sebelum update entri di blog. Masa tengah scroll facebook, ai terbaca status seorang rakan facebook "mendung awan semendung hati ini". Daripada situ ai tahu lah dia tengah bersedih. So ai pun ringan jari bertanya khabar. Kot-kot lah tengok komen ai, terus panas terik sampai kemarau hati dia kan. Niat ai nak bantu menceriakan hari dia je. Hehehe. Rupa-rupanya dia ada masalah di tempat kerja. Salah faham dengan rakan sekerja.


Ai tak tahu lah nasihat apa yang patut ai berikan pada dia. Sebab ai bukanlah penasihat yang baik. Tapi kalau perlukan seorang pendengar yang baik, ai lah orangnya. Tak syak lagi. Ada ciri-ci nak bangga diri tu. Ai cuma cakap dekat dia, kalau memang bersalah, minta maaf je. Kalau tak salah buat je macam biasa. Jangan disebabkan kawan ai mengasingkan diri, orang lain ingat dia yang bersalah. Tapi dia cakap tak seronok lah satu pejabat tapi masam-masam muka.


Ya, betul! Ai setuju sangat. Tapi bagi ai seronok tu subjektif. Kalau asyik fikir kan masalah je, macam mana nak gembira? Betul tak? So, jangan disebabkan masalah dengan seseorang merosakkan hubungan kita dengan semua orang. Ecewah, pandai betul bercakap ai ni. Hahaha. Tapi betul kan? Kalau susah betul nak happy, amik wuduk pergi solat. Mengadu dekat Tuhan. Insyaallah gembira tu akan datang dengan sendirinya.





Thursday, 21 September 2017

TAK NAK TERJEBAK!

11:30 7
TAK NAK TERJEBAK!
Assalamualaikum and hye readers~


Hari ni ai menjalani rutin yang sama seperti hari-hari yang lepas di office. Nothing special. Tapi rasa macam ada benda yang ai tak buat. Ok ai belum check email. Dengan tenang ai open email and check semua email yang masuk. Macam-macam.. Pening pula email berderet-deret.





Scroll punya scroll. Open satu persatu. Mata ai tertumpu pada satu email. Subject dia 'Hi Aisya, We are so sorry!' Siap tanda seru kau! Tak gabra pula kan. Dah siapa pula dah buat salah ni. Ke ada apa-apa application yang kena reject. Dengan tenang ai click pada email tersebut. Laaaa.....


Rupanya email daripada slimming center. Ai menang gift voucher rupanya.


Ini bukan scam tau. Email daripada slimming center yang sah.

Kalau ikutkan, banyak tu rm508. Including satu slimming treatment and satu fat burning cream pula tu. Tapi memandangkan dah ramai yang bad talk pasal slimming center tu, ai terus mengabaikan email tersebut. Kalau tak ai mesti dah pergi sebab treatment dia berkesan juga. Bad talk bukan sebab services mereka, tapi strategy marketing yang mereka gunakan. Tak perlu ai nak google bagai. Kakak ai sendiri pernah terkena. Kalau untuk yang ada modal beribu-ribu untuk slimming session maybe lah suka dengan tawaran ni. But ai taknak terjebak. Cukup lah pengalaman ngeri kakak ai. Hahaha!


Korang jangan tanya slimming center yang mana atau dekat mana tau. Taknak bagitahu. Bahaya!





Tuesday, 19 September 2017

5 PERKARA SAYA TIDAK MENYESAL LAKUKAN

11:30 18
5 PERKARA SAYA TIDAK MENYESAL LAKUKAN
Assalamualaikum and hye readers~


Hari ni tak ada entri yang panjang lebar. Hanya nak kongsikan lima perkara yang ai tak pernah menyesal lakukan. Here we go!


Gambar hanya sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan entri.


1- Fashion Course
Ai baru sangat buat entri pasal perkara ni. Macam mana ai boleh terjebak dengan fashion dan kerana fashion lah ai terjebak dalam dunia visual merchandiser yang penuh cabaran dan menyeronokkan ini.

2- Amik Lesen
Siapa yang mengikuti blog ai dari awal, mesti tahu yang ai ada lesen tapi tak boleh drive. Ai tak pernah menyesal amik lesen tau. Walaupun tak boleh drive, tapi one day bila dah ada kekuatan untuk drive, ai tak perlu tengok lagi muka ketat pakcik jpj kat seat sebelah.

3- Chocolate Lover
Memang tak akan menyesal lah. Nikmatnya makan chocolate Tuhan sahaja yang tahu. I love you chocolate. 

4- Berkahwin
Berkahwin itu indah oii!! Hahaha! Ada juga mulut-mulut yang bersuara "baru lagi, tak rasa liku-liku dalam alam perkahwinan". Well tipu lah kalau ai cakap semuanya indah. Tapi kita cerita yang indah-indah sahaja lah. Yang hodoh, kita simpan selagi terdaya. And one more thing, doa kan lah kebahagiaan orang lain. Insyaallah kita pun akan bahagia sama. Aamiin.

5- Tulis Blog
Tahu tak, sejak active semula blogging, ai ada banyak kawan baru tau. Walaupun tak kenal, komen korang selalu membina. Terharu ai! Tak dinafikan dulu ai lagi active blogging, tapi ai simpan sendiri je. Kekwat! Taknak blogwalking langsung. Sekarang ni baru faham kenapa blogger rajin blogwalking. Jauh perjalanan, luas pemandangan.


Ada banyak lagi sebenarnya. Tapi kalau nak tulis semua, lima entri pun tak habis. So kita bagi lima je. Apa pula lima perkara yang korang tak menyesal lakukan?