ABOUT ME FASHION REVIEW TIPS TUTORIAL AI SHOP RESIPI DISCLAIMER

Wednesday, 9 August 2017

RINDU SEKOLAH

Assalamualaikum and hye readers~


Masa godek-godek facebook tadi, ramai kawan-kawan zaman sekolah ai update status. Berjemaah pula hari ni. Diorang dah plan nak update sama-sama kot. Penat tau nak like semua status. Ai ni memang pemurah dengan like tau. Kalau kat instagram tu, lagi laju ai like. Rugi lah siapa tak kawan dengan ai. Hohoho! 


Yang kuning ada ghost tu logo apa?

Satu-satu status ai baca. Ada yang update nak kahwin, dah dapat baby, nak keluar makan durian malam ni, tengah baca novel, eh macam-macam lah. Lepas tu stalk komen-komen pula. Silent reader lah katakan. Kalau rasa boleh mencelah, ai celah. Kalau tak, teruskan jadi silent reader.

Ai pun pelik. Di facebook dan instagram, majoriti semua kawan yang ai kenal. Mungkin ada lah dalam lima orang ai tak kenal. Tapi ai jarang nak komen. Like tak payah cakap lah, memang bersepah ai like. Hobby like like kot. Tapi kat blog, majoriti kawan-kawan ai tak kenal. Kalau kenal pun dah tak active blogging. Tapi, rajin ai komen. Adakah ini ciri-ciri seorang pemalu?


Bila dah godek-godek, stalk sana sini, Terjumpa pula gambar lama-lama yang diorang main tag-tag tu. How time flies. Dah besar masing-masing. Errr tak besar, tapi dewasa. Banyak betul perubahan dulu dan sekarang.


Ganti nama diri

Dulu kalau kat sekolah, cara bercakap ada dua jenis. Bercakap main lepas ganas-ganas atau nak acah-acah ayu gitu. Yang main lepas tu, standard lah aku kau aku kau. Tak kasar, bagi ai biasa je. Yang acah-acah ayu tu saya awak saya awak.. Eh macam bercinta pula kan? Guess what? Ai golongan yang acah-acah ayu tu. Hehehe! Actually pemalu sebenarnya. Takde lah, tapi since kecik mak baba ai tak suka kami adik-beradik ber aku-aku. Mak cakap nanti hantu paku datang. Eh takut lah. Habis ai canang kat semua kawan-kawan yang beraku-aku dengan ai. Tapi semua relaks je tak takut hantu paku.

Bila makin besar, ai pun dah terikut aku kau aku kau. Yelaa, ai dah mula sedar, apa kena-mengena aku dengan paku? Bila semakin menjangkau usia matang, ai dah tak reti nak bahasakan diri aku. Maybe faktor kawan-kawan. Ai cepat terpengaruh! And now ramai kawan-kawan dah mula ber i u i u. Ai? Sesekali tu terikut-ikut juga.

Cara pergaulan

Dulu, siapa yang hot, yang itu lah yang orang ramai nak kawan dan minat. Hot tu tak semestinya cantik dan baik. Kadang biasa-biasa je. Tapi perangai cam haram pun boleh jadi hot tau. Tengok lah season hot tu macam mana waktu tu. Ai tak hot pun, kain kadang-kadang je senteng. Tudung pun tak berani nak pendekkan sangat. Nanti mak bising. Kalau anak ai nanti pakai kain senteng, ai potong kan jadi skirt. Biar dia taknak pakai langsung. So ai kategori yang biasa-biasa je kat sekolah. Bukan gadis yang dikejar-kejar oleh jejaka hot.

Makin besar ni, ai nampak hot tak hot tu belakang cerita. Kalau kau hot tapi tak mature, kena keji juga. As long as kau baik, tak tikam kawan dari belakang sampai cedera parah di hati beliau, suka tolong-menolong, mesti orang nak kawan. Tapi ai tak banyak kawan pun. Hurm something wrong somewhere. 😈

Cara pemakaian

Zaman sekolah dulu zaman hip hop lah, punk lah, skin head lah. Kawan-kawan kat sekolah memang mengikuti perkembangan fesyen semasa. Seluar kecik, seluar besar, baju besar. Ikut lah masa tu diorang nak follow group mana. Ai tengok kan saja. Budak tak hot kan, nanti kena kecam kalau over acting. Zaman remaja dulu lagi macam-macam fesyen nak ikut. Yang dapat kejar semua fesyen tu, tahniah ai ucapkan.

Sekarang ni bila masing-masing dah keje, dah bekeluarga, majoriti selesa dengan gaya casual. Jeans, t-shirt or kemeja je yang paling senang nak sarung. Yang gadis-gadis ayu tu dengan fesyen ayu-ayu muslimah gitu. Fesyen pelik sekarang selalunya kat tudung. Ai cuba nak follow tutorial hijab kat media sosial tu. Tapi setiap kali mesti jadi hantu bungkus. Kecewa. So ai pakai lah bawal je ataupun basic shawl. Asalkan selesa je, ok lah.

Cara makeup

Perasan tak, dulu zaman sekolah, ada je student yang dah start makeup tebal-tebal. Tapi kena kecam teruk dengan budak-budak lelaki. Tak ramai, tapi ada. Kalau sekarang, budak sekolah makeup tu dah jadi perkara biasa. Kadang-kadang tu, ai panggil 'kak' tapi dia baru form 5. Oh, orang petite macam ai memang selalu perasan muda. Maafkan 'kak ai' ye adik-adik. Tapi ai lebih suka muka budak sekolah dulu-dulu. Walaupun sememeh, tapi nampak lah budaknya.

Tapi, kawan-kawan ai sekarang dah tak macam dulu. Yang muka fresh sememeh je dulu dah cantik tetiba. Yang pakai bedak tebal , dah pandai sangat gunakan makeup dengan betul. Kalah retis you! Yang dulu jerawat penuh, kulit dah licin. Pakai skincare apa lah tu. Ai nak tanya tapi malas. Takut diorang promote suruh beli. Macam ai selalu promote Mary Kay or belacan tu. Pantang orang tanya, terus tanya dia balik 'nak beli tak?' Hahaha!





Rindunya sekolah. Seriously ai rindu! Kalau dulu waktu sekolah nak cepat-cepat je habis sekolah. Ai nak belajar kat kolej or universiti. Boleh pakai baju cantik-cantik pergi kelas. Bila dah belajar kat kolej, tak cantik pun. Biasa je. Lepas tu tak sabar-sabar nak grad. Nak kerja! Nak duit sendiri!


Now bila dah kerja, hari-hari pun penat. Weekend pun penat. Komitmen bertambah. Hari-hari kena kerja untuk earn money. Tiba-tiba ai rindu zaman sekolah. Tak perlu nak fikir masalah dunia. Yang kena fikir cuma siapkan kerja sekolah, buat kerja rumah dan bertabah kalau haters mengecam kat sekolah.


Bila tengok kawan ai post gambar zaman sekolah, ai jadi rindu sangat. Dah lain sangat-sangat semua orang. Kadang-kadang, kawan ai add kat facebook, tapi berkurun abad ai tak approve. Sebab tak ingat pun siapa dia. Ye lah, dah lain kan. Dulu sememeh, sekarang dah persis model. Yup! Makin cantik semuanya. Ai rindu semua.


Sekarang ni ai tak tahu lah, ai sebenarnya rindu sekolah ke rindu kawan-kawan sekolah? Ok lah, ai rindu zaman sekolah. Banyak sangat kenangan walaupun tak jadi budak hot. Yang hot tu mesti lagi berkepuk kenangan kan? Ai teka je. Hehehe!

28 comments:

  1. masa sekolah xde masalah kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul.. tak banyak benda nak fikir.

      Delete
  2. Rindunyaaaaaa, I want to go back to sch and see my friends again haha.

    ReplyDelete
  3. Zaman skrg student pun kemain lawa nk banding dgn org dewasa

    ReplyDelete
  4. mesti ade penah cinta monyet kann., wak tahuuuu., ;p

    ReplyDelete
  5. Hi Aisya.. sy datang membalas kunjungan..
    suka dgn post ni.. mmg kene sgt dgn apa yg sy fikirkan smlm..
    smlm beli nasi lemak.. rupa2nya yg meniaga tu junior masa sekolah dulu..
    terbayang2 masa dia sekolah dulu.. nakal.. sekarang dh jd bapak org dan ada perniagaan sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. life zaman sekolah ni belum boleh nak menilai apa yang akan terjadi di masa hadapan kan..

      Delete
  6. samalah.. rindu gak zaman sekolah.. hehe..

    Review saya amalkan Set Hamil Shaklee sepanjang hamilkan Lutfi

    ReplyDelete
  7. haha, jumpa pun kotak komen, hari tu tak jumpa kotak komen nak paste entri T_T

    btw, yaya setuju most of the things yang ai cakap, tapi pasal mekap tu, yaya rasa sama je budak sekarang dengan dulu, biasalah kalau dah bergelar pelajar sekolah, memang muka sememeh, haha, sebab yaya cikgu sekolah, takde mekap pun dorang....semua selesa natural...btw, budak sekolah muka tak mekap pun nampak sweet je, mungkin ke muka yaya juga dulu sweet, hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu salah edit html.. yang makeup tu i mean luar sekolah.. mana boleh make up dalam sekolah kan? hehehe!

      Delete
  8. Aishhh mana tak rindunya... setiap kali berjumpa sahabat2 Nieve di KB nih rata2 rakan sekolah lama2 -- masing2 dah status makcik2 doh huuu... tapi topik selalu naek tika berborak mesti zaman sekolah dulu.. zaman nakal2 dolu2 heee.. how ironi ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. kalau jumpa kawan sekolah ni mesti akan flashback masa sekolah. Even selalu jumpa pun akan flashback juga..

      Delete
  9. bestnya zaman sekolah dulu.. rasa happy sangat...

    ReplyDelete
  10. amboi g skolah mekap . haaga. biasa la tu kak. kadang rindu zaman sekolah. bila ngat balik. lepak2 . bersidai2 hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersidai tu tak boleh blah.. hahaha..

      Delete
  11. Bila dah alam pekerjaan kebanyakkan dari kita nak kembali semula ke zaman persekolahan termasuklah Mrs. A.
    Sesungguhnya zaman persekolahan adalah zaman paling indah dalam hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Walaupun tak hot, tetap indah kenangan tu. Hahaha!

      Delete
  12. saya tak rindu sangat zaman sekolah..sebab sekarang lagi best sebab dah ada duit sendiri..and boleh apa yang saya nak..ahaks..ini sayalah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh.. jarang-jarang ada orang tak rindukan sekolah tau.. hehehe..

      Delete
  13. hahahaha sama lah! Dulu kemain hot sekarang memasing dah gedempol. Yang sendu kat sekolah dulu sekarang kemain gojes

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu tak boleh nak dinafikan..yang biasa-biasa pula hot sekarang. diam-diam ubi berisi.

      Delete
  14. saya rindu zaman sekolah. tapi tidak kawan kawan sekolah. haahahaha lain betulkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehemmm.. ada juga yang tak rindu kawan sekolah.. hehehe!

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D

Copyright © 2015 AISYA ISMAIL - All Rights Reserved - Template by Aisya Ismail