APA YANG KORANG NAMPAK DAN APA YANG ORANG LAIN NAMPAK - Aisya Ismail

Wednesday, 27 September 2017

APA YANG KORANG NAMPAK DAN APA YANG ORANG LAIN NAMPAK

Assalamualaikum and hye readers~


Kreativiti adalah kelebihan kepada sesetengah individu yang tidak dapat kita nafikan. Tak semua orang ye yang ada daya kreativiti yang tnggi. Kita tahu, ramai yang boleh melukis. Tetapi adakah mereka semua golongan yang kreatif? Jawapannya tidak. Ai cuba nak buat entri formal ni.


Tidak semua orang yang boleh melukis itu mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Melukis adalah meniru sesuatu yang kita lihat atau fikirkan dan dilakarkan dengan menggunakan alatan seperti dakwat, warna, pen, pensel dan sebagainya. Manakala kreativiti pula adalah kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang baru menggunakan imaginasi dengan mengolah apa yang dilihat. Macam bila kita belajar matematik. Kita dapat 100 markah di dalam ujian kerana kita mampu menghafal semua formula yang di ajar. Tetapi mampukan kita jika disuruh untuk mencipta formula matematik yang baru? Ada juga yang mempunyai kebolehan itu, tetapi tidak semua orang akan mampu untuk mencipta formula itu.


Antara hasil kreativiti yang ai lihat adalah perception images. Apa tu? Perception images adalah kreativiti yang dihasilkan dalam bentuk gambaran lukisan atau objek. Kita dapat melihat lebih dari satu gambar di dalam satu gambar. Contohnya kita melihat gambar seorang wanita muda, tetapi jika kita lihat betul-betul kita boleh dapat melihat gambar seorang nenek tua di dalam gambar yang sama. Bila tengok lagi, kita sendiri jadi confuse gambar tu adalah gambar seorang wanita muda atau nenek tua. Kadang-kadang apa yang kita nampak dalam gambar itu, orang lain pula tidak nampak. Jom kita layan beberapa contoh perception images di bawah.



Berapa banyak kaki gajah?


Lurus ke tidak?



Nampak bentuk muka atau lain?


Do you need a shouder to cry?



Wanita tua atau muda?


Banyak gambar di dalam satu gambar





11 comments:

  1. nampak juga gambar lain.tp pening juga laa.. salam kenal

    ReplyDelete
  2. PENING PULAK MATA TGK KAKI GAJAH TU AHAA

    ReplyDelete
  3. Tricking soalan tu..Nk jawab pun jadi dalam dua..kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh tu laa.. tapi jawapan dia memang dua pun.

      Delete
  4. semuanya ilusi mata kan.. bergantung pada otak yang menerima signal dr pandangan mata

    ReplyDelete
  5. exercise mata, lain orang lain perspesinya.suka buat psychology test macam ni. boleh kenal personaliti diri

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D