TAK BASI KE ARTICLE KALAU SCHEDULE LAMA-LAMA? - Aisya Ismail

Saturday, 9 September 2017

TAK BASI KE ARTICLE KALAU SCHEDULE LAMA-LAMA?

Assalamualaikum and hye readers~


Kenapa menulis? Kerja sekarang tak ok ke? Banyak nya masa nak menuslis. Macam mana boleh dapat idea nak tulis article?


Ai pasti, soalan-soalan dekat atas tu mesti dah biasa para blogger dengar kan? Tapi as a blogger, masing-masing ada sebab musabab untuk meneruskan berblogging. Tak kisah lah minat ke, cari duit ke atau apa-apa saja lah.


Tak dinafikan, semakin hari ai semakin busy dengan kehidupan seharian. Kerja from 9 to 6. Eleh office hour pun penat. Orang lain shift lagi kesian kerja tak menentu masanya. Well, hello! Life sekarang bukan macam dulu. Gaji rm1500 dah boleh nak bermewah-mewah. Zaman sekarang rm3000 pun masih rasa tak cukup kadang-kadang.


Gambar hasil carian di google.com


Tak cukup bukan lah sebab tak cukup makan dan pakai. Gaji rm900 sekalipun kalau pandai manage and tak ada comitment of course dapat bermewah. Even takde lah mewah mana, but still boleh beli barang branded sikit-sikit. But, sebagai manusia biasa yang penuh dengan kehendak, ai ada macam-macam kehendak untuk dilaksanakan. Daripada untuk diri sendiri, sehingga lah untuk family. That's why ai buat freelance as a designer and tailor di rumah. Balik kerja, relaks-relaks, lepas tu dah kena buat kerja-kerja freelance semua. Ai taknak merungut sebab itulah sumber rezeki tambahan untuk ai. Syukur, alhamdulillah.


Masa bila pulak ai sempat blogging kan kalau asyik busy je. Ai dah pernah story sebelum ni, tapi tak ingatlah dalam entri yang mana satu. Ai akan menulis sebelum pukul 9am dan selepas pukul 6pm di office. Tapi sekarang kalau ada masa terluang di rumah pun ai akan menulis depends on mood. Freelance bukan setiap masa ada job pun kan. Tipu lah tak ada masa langsung. Cuma if ada masa terluang, ai akan dahulukan suami dan keluarga tercinta.


Disebabkan reason itu lah, ai memilih untuk menulis dan schedule entri. Schedule ni maksudnya, ai set kan bila nak publish entri yang ai tulis tu. Sebelum ni ai schedule for everyday tau. Tapi macam kerap sangat sampai kering idea, so ai slow down dua hari satu entri. Ai cuba maintain kan. Tak basi pun article tu, sebab article yang ai schedule semua general article. Contohnya resepi, fakta, review (depends pada keperluan untuk schedule), tips atau apa-apa lah yang sewaktu dengannya.


Tapi yang tak best, bila dah nak dekat sampai waktu entri tu untuk publish, ada rakan blogger dah update dulu entri yang lebih kurang. Hahaha terus delay publish entri tu.


Kalau entri macam isu-isu semasa ai jarang schedule. Kalau schedule pun sebab tunggu turn ada article yang lebih penting untuk di post. Itu pun sehari dua je. Kalau next week baru nak post, orang dah taknak baca pun cerita dah basi kan. Lagi satu kalau paid review, ai akan post berkesesuaian dengan kehendak customer. So isu basi tak basi tidak timbul di sini ye. 






Seriously, ai menulis sebab minat bukan duit. Tapi kalau dapat, ai tak tolak. Cuba tengok followers ai tu, baru je 200+ followers. Pageviews pun baru 10k+. Sebab dulu ai blogging memang dalam dunia sendiri je. Tak bercampur orang. Sejak dah kahwin je terasa nak cari new members. Kalau orang nak bayar untuk review, mesti dia cari blogger yang dah ada pengikut yang tersendiri kan. Tapi ai tak nafikan, kadang-kadang dapat juga job review. Syukur, alhamdulillah. Rezeki ai lah tu. Ai tak menolak ok.


Yup! Ai banyak follow blog orang. Sebab ai memang suka baca blog. Ramai je blogger yang tak famous bila ai follow dia tak follow back. Yang famous tu jauh sekali lah. Hahaha! Ai tak kisah pun, sebab tu hak masing-masing nak follow ke nak comment ke nak blogwalking ke. Yes, memang lah ai nak semua tu. Tapi dah kalau orang tak sudi, tak perlu lah sampai ai nak marah kan. Chill chill je. Cuma kalau tak reply komen je ai sentap. Hahaha! Wajib korang reply komen ai tau! 


Pada korang yang baru nak kenal apa itu dunia blogging, selamat berblogging ok!

20 comments:

  1. hi dear,i suka juga singgah sini..cuma kadag2 tak sempat nak reply komen di blog i..sebab busy sangat dear,,tapi i akan tinggalkan jejak bila dapat baca entry blogger dengan penuh perasaan i akan vaca dengan hati yang tenang..eceh,,ayat xboleh blahkan.btw,keep on blogging ya..banyak bende kita boleh share kan..moga murah rezeki selalu..btw i klik iklan u ya..as support u keep on ur momentum..

    love ur writing,
    irdagarmin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your support irda.. suka baca komen positive gini.. hehehe..

      Delete
  2. Kadang orang follow kan, bila saya cari blog orang tu tak jumpa... hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang bagi link salah.. kadang tak bagi link langsung..

      Delete
  3. sama la kita..klu follow blog org..pastu org x follow balik..i ok jer...nama pun blogger ikut dan masa nak blogwalking...yg penting..kita enjoy ape kita buta dan x payah expect something dr org lain..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. yang penting nawaitu.. blogging sebab minat or nak famous..

      Delete
  4. wahh dah wajah baru.. nampak sgat dah lama tak blogwalking huhu T^T
    Tajuk ai tue bwat sy tertarik nak dtg cnie haha~ betul tue menulis sbb minat, kalau ada job syukurlah kan.. lau xda apa leh bwat :)

    Lgi 1 sy pun sama juga kalau org tak reply komen sy mcm awkward ja hahaha xD cuma baru2 nie sy pun xda kesempatan nak reply komen2 dlm blog huhu~~apapun keep on blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting kalau orang tanya something tu reply laa.. kesian kot memang orang tu nak tau ke kan..

      Delete
  5. Happy blogging sis..I berblogging sebab minat.

    ReplyDelete
  6. dah bertahun -tahun saya menulis blog..

    saya pun akur follower tak ramai dan trafik pun tak kencang..

    sehingga ada satu ketika saya rasa nak berhenti terus menulis blog namun tidak jadi kerana saya menulis untuk memberi kefahaman kepada diri sendiri sesuatu topik..

    tak dapat ribuan pembaca tak pelah janji ada puluhan pembaca..

    tak dapat puluhan pun ok juga ..

    janji ada seorang dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada orang baca, kita baca sendiri je lah.. Tapi mesti ada juga terselit satu dua orang yang akan baca kan..

      Delete
  7. Nice story... Salam kenal dari LeYa.. Jemput ke blog LeYa Blog

    ReplyDelete
  8. sebaiknya updatela blog, walaupun guna shcedule. Lagipun time kerja, kita fokus kerja, barulah berkat gaji

    ReplyDelete
  9. Bagus Ada auto publish supaya Kita tak terlepas Dari post perkara baru. Tapi mmg kalau isi mudah Nadi baik terus publish je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya schedule sebab nak make sure time x ade masa pun ada article kat blog ni..

      Delete
  10. Sebenarnya bagus jugak buat schedule entry ni. Kita pun rasa tak kelam kabut. Sebab tau ajelah buat entry ni, simple simple pun kadang ambik masa berjam jam.
    Kalau entry kita pasal kisah semasa boleh jadi basi jugak tu Ai hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu isu semasa tak boleh publish lambat..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D