BLOGGER DAN CONTEST - Aisya Ismail

Sunday, 8 October 2017

BLOGGER DAN CONTEST

Assalamualaikum and hye readers~


Hampir setiap hari ada je blogger yang menang contest lah, cabutan bertuah lah. Hebat-hebat rupanya blogger ni ya. Nak jadi blogger memang kena hebat ea? Hehehe!


Bila blogwalking tu, ai selalu nampak blogger ni join contest, blogger tu masuk pertandingan, anak blogger sana masuk lumba lari. Lepas tu ai blogwalking lagi, blogger tu menang contest, anak blogger ni menang pertandingan nyanyian, blogger sana menang cabutan bertuah. Seronok tengok blogger lain seronok.


Gambar hasil carian di google.com


Jangan sesekali berdengki dengan kejayaan orang lain tau. Tak mau tak mau! Tak baik.


Ramai juga blogger yang rajin buat contest sana-sini. Macam-macam contest lah. Yang ai sempat join ai dah join. Kalau busy sangat tak sempat lah nak buat entry untuk contest or segmen. Ada sekali tu, ai ingat ai dah buat entry untuk segmen and copy paste link. Tapi bila senarai peserta keluar, tak ada pun nama ai. Bila check balik, laaa tak buat pun entry nya. Link yang ai paste tu link blog je.

Hurmmm pity you aisya! 😢


Ai mengaku, masa baru-baru ai mula nak active blogging, kalau boleh semua segmen and contest ai nak join. Rajin je tangan ni nak buat entri. Yes, memang ai kejar follower. Ai rasa macam tak best je follower tak banyak. Lagipun ada lah modal ai nak update entri kan.


Tapi sekarang, tidak lagi tau. Mind set ai dah matang sikit. Ai dah tak kisah pasal follower tu. Ye laa, even segmen yang ai join mewajibkan semua participants follow each other, ada je yang tak follow peserta lain. So sekarang, kalau ai join mana-mana segmen or contest tu, means ai nak support blogger tu sendiri. Niat nak tambah follower ai dah buang jauh-jauh. Biarlah mereka datang secara natural. Kalau korang nak follow, jemput lah follow. Kalau tak nak ai ok je. Tapi selalunya kalau yang follow ai tu, memang ai akan follow balik. Entah, habit kot. So, yang follow ai tapi ai tak follow back tu, inform lah kat chatbox ok. Jangan cakap ai sombong pula.


Untuk blogger yang invite ai join contest or segmen korang tu, Insyaallah bila ada masa terluang ai mesti akan join. Ai tak sombong tau. Hehehe!


































21 comments:

  1. Pernah satu tahun CCL berhenti dari join mana2 segmen , GA , contest yang dianjurkan oleh blogger . Sebabnya bila owner dah annouce pemenang, lepas tue hadiah pun entah kemana . Kalau dua tiga kali tue so k . Tapi kalau dah selalu rasa macam buang masa join . Menang tapi macam tak menang . Akhir2 ni baru terbuka hati nak support balik blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious lah? tak baiknya buat macam tu.. kesian siapa yang memang harap nak menang tu..

      Delete
  2. New Giveaway lets start! Jom join :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    ReplyDelete
  3. insyaAllah ada lepas ni rezeki menang contest

    ReplyDelete
  4. I rarely join any contests or giveaways because I have no luck in such things :(

    ReplyDelete
  5. hai salam kenal. follow u dr segmen intan.hehe.. pelan-pelan kayuh ok. ;)

    ReplyDelete
  6. Singgah dr blog nieyl for giveaway

    ReplyDelete
  7. Saya tak tahu sangat pasal follower nie..

    Entah ada entah tidal..

    Yang saya tahu artikel saya ada orang sudi komen walaupun tak ramai

    ReplyDelete
  8. Insyaallah lpas ne ada rezeki ai...keep it up blogging

    ReplyDelete
  9. Kalau macam tu, jom join giveaway saya pula.

    ReplyDelete
  10. yeahh betul! support each other. Kalau rakan blogger, siapa lagi nak support kita kan.

    | helloaiman |
    | Jana Bitcoin |

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Blogger need to support each other.

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D