HARUMAN BELAIAN MENAWAN SEPANJANG HARI DENGAN ENCHANTEUR 24H MOIST LOSYEN - Aisya Ismail

Monday, 2 October 2017

HARUMAN BELAIAN MENAWAN SEPANJANG HARI DENGAN ENCHANTEUR 24H MOIST LOSYEN

Assalamualaikum and hye readers~


Barang yang ditunggu dah sampai! Ai memang sukakan bauan daripada product ENCHANTEUR ni. Sebelum ni ai pakai body mist Charming from ENCHANTEUR. Bau dia perghhh wangi. Kalau pakai tu mesti ada yang tanya, kau mandi perfume ke apa? Hahaha! Kali ni first time ai nak cuba losyen pula. Tapi bukan charming lagi tau, sebaliknya romantic and alluring. Kedua-duanya wangi sangat dan ada keunikan bauan yang tersendiri.






Enchanteur adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian yang berkualiti dan mengikuti peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Wangian ENCHANTEUR direka dengan unik untuk menghidupkan detik-detik romantis harian di setiap perjalanan percintaan menakjubkan bagi seorang wanita. Ahaaa memang bau dia tu boleh feel bau-bau romantic tu tau. Harum semerbak.


Korang semua mesti tahu bahawa badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Tetapi, ai percaya ramai yang tidak sedar dengan hanya minum air tidak cukup untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan. Wanita di luar sana ramai yang mengalami masalah kulit kering akibat daripada kerja-kerja dan faktor sekeliling. Penggunaan losyen boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.  


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!






Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan. Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.


ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.


ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
•          Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
•          Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
•          Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 







Kini, korang semua yang selalu sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh memanjakan kulit dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. 



Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

40 comments:

  1. Suka dua2 bau losyen ni...best betul..pakai pi kerja bau wangi sampai ke petang...

    ReplyDelete
  2. Tengok packaging macam mahal..mampu milik rupanya..

    ReplyDelete
  3. Kita pun suka haruman enchanteur dr dulu2 best guna..wangi2

    ReplyDelete
  4. Enchanteur mmg best dan terbaik sejak duluu.. bau wangiii sangat

    ReplyDelete
  5. Wiwitt boleh jd wangi n lembapkan kukit lagi...

    ReplyDelete
  6. Bolehla cuba sebab 24H moist losyen yg boleh lembapkan kulit. Tak payah beli yang mahal-mahal kan. Enchanteur pun bagus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. yang enchanteur ni dah ok sangat.

      Delete
  7. sha baru beli yg pink tu semalam­čśé memamg wangilah bau dia. geram je haha

    ReplyDelete
  8. Losyen Enchanteur memang terbaik dari dulu. Pakai lepas mandi lagi melekat bau tu. Hehehe.

    ReplyDelete
  9. Pernah pakai sekali,serious memang wangi dan selesa pada kulit

    ReplyDelete
  10. Kita tengah menunggu produk ni jugak..tak sabar pulak nak bau keharuman dia...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wangi.. rasa macam baru lepas mandi je..

      Delete
  11. I cant really use lotion that have heavy scent so I have to pass but thanks for sharing!

    ReplyDelete
  12. Enchanteur memang best produknya..

    ReplyDelete
  13. Saya membesar dengan Enchanteur - masa tu, siapa yang ada Enchanteur memang kira paling trendy la. Tapi yang ini belum try lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. siap bawa body mist pergi sekolah. Bangga tau hahaha

      Delete
  14. wangilah hai bau enchaunteur ni kan? IQ pun suka!

    yeay! boleh komen dengan senang hati dah!

    ReplyDelete
  15. Dulu minat pakai bedaknya.. sebab ada seorang awek tue, pakai bedak nie... wangi

    ReplyDelete
  16. Keluaran terbaru ke ni?
    Bedak dia biasa bau wangi tapi losyen belum pernah cuba.

    ReplyDelete
  17. Produk Enchanteur ni memang terkenal dengan keharumannya. harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  18. Memang wangiiiii sgt,suka tul,kalau pakai mesti rasa feeling2 romantis heheheh tambah2 sapu losyen time nak tido hehhehe
    Oh ya cuka epal tu tak tajam sangat ada madu,sebab tu boleh minum terus je,tapi agak masam tuk sesetengah org.tak rasa macam cuka putih,lebih kepada rasa epal.

    ReplyDelete
  19. Vavavaaa.... Samalah!
    Kak nina pun pakai lotion 24hrs Enchanteur.
    Paling suka Alluring & romantic
    Wangi....

    ReplyDelete
  20. Jenama ni kekal bertahan sebab harga mampu milik dan kualiti setanding dengan jenama lain...

    ReplyDelete
  21. ENCHANTEUR Charming mmg fav dari sek lagi

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D