KENANGAN YANG MENGINSAFKAN - Aisya Ismail

Friday, 6 October 2017

KENANGAN YANG MENGINSAFKAN

Assalamualaikum and hye readers~


Dulu ai active sebagai crafter. Best tapi rumit. Yelah nak belek benda kecik-kecik kan. Disebabkan minat, ai redah je. Tapi terlalu banyak saingan, so tahun ni ai stop dari menjadi seorang crafter. Bukan takut dengan saingan, tapi ai rasa ai lebih serasi dengan design and tailoring. Nak all out untuk semua sekali, tak menang tangan dibuatnya.


Waktu ai jadi crafter, pembekal keperluan craft ai random. Ai tak tumpukan pada satu supplier je. Yang mana ada barang baik dengan harga yang berpatutan dan yang ai perlukan ai terus roger. Ada sekali tu, ai perlukan pvc dan kebetulan ada seorang supplier ni ada barang yang ai nak tu. Tempat dia dengan ai pun sekangkang kera je. Lepas dah deal, ai terus proceed payment. Dari sehari ke seminggu, dari seminggu ke sebulan, namun barang ai tak juga kunjung tiba. Ai pm supplier tu pun tak ada respon. Rasa tertipu tau.






Jangan tanya lah kenapa ai tak serang supplier tu walaupun ai tahu alamat dia. Sebab ai sendiri tak tahu kenapa ai lembut hati dengan dia. Still fikir positive yang dia akan hantar barang tu. Cuma ai ada juga pm dia dua minggu sekali kot. Last-last ai cakap kat adik ai, takpe lah kalau ada rezeki adalah, kalau tak nak buat macam mana kan. Suddenly ai dapat mesegge daripada supplier tu.



-salam
-saya suami dia
-apa2 awak boleh msg terus fb saya -
-pemilik akaun ini telah meninggal dunia 02/02/2016
-kalau ada apa2 yg ingin dituntut dari pihak awak, beritahu saya...
-terima kasih dan maaf krn saya baru check msg2 fb ni sblm deactivate



Ai terdiam masa tu. Rasa menyesal pula ai push dia tanya status barang ai waktu dia sedang bertarung nyawa. Walaupun ai cakap dengan cara baik, but entah lah. Moral of the story, sebelum nak maki hamun serang orang tak tentu pasal, selidik lah dulu keadaan orang tu macam mana. Ada juga ai terfikir, betul ke dia tak menipu. Tapi biar lah, tu antara dia dengan Tuhan. Bagi ai, tak kan lah dia nak menipu dah meninggal dunia kan. Baik dia cakap stok tak ada and nak refund duit. Think positive. Sejak dapat messege tu ai dah tak fikir dan ingat pun sampai lah ai dapat notifications memory status facebook.





19 comments:

  1. Allahu..kesian kan kalau tau macam tu. nasib baik ada someone yang buka dan baca pm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. nasib baik husband dia baca..

      Delete
  2. Tak sangka kan... nasib Ai tak maki dan viralkan... kalau tak memang Ai pula kena maki dengan netizen.. Innalillah... semoga rohnya dicucuri rahmat.... Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah.. nasib baik ai bukan kaki viral..

      Delete
  3. Allahu..nasib AI tak marah-marah and serang..huhu.. and nasib baik suami dia buka msej tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa..kalau husband dia tak bagitau mesti sampai sekarang ai masih tak puas hati..

      Delete
  4. agak lama juga nak reply message tu kan..takpelah, fikir positive.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan.. time sakit camne nak online kan.

      Delete
  5. Kadang-kadang bila berurusan jual beli online kita perlu ada sikap tolak ansur..
    Tak semestinya kena maki hamun, cuba berbincang. Kawal perasaan marah sebab kita perlu jalan penyelesaian bukan perbalahan.
    Kalau memang niat penjual tu untuk menipu, memang tak sampai ke mana..



    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis.. ai cuba taknak jadi tipikal customer yang asyik nak viral je.. lalala~

      Delete
  6. serius la ai? huhu sedihnyaaa tp itula tak tahu keadaan dia masa tu. push tu xsalah sbb ai xtw.

    ReplyDelete
  7. Allah 😥 sebaik ai jenis fikir +ve

    ReplyDelete
  8. Innalillah....
    Kan, tak pernah terjadi pada Nona....
    Sedih pulak rasa..... harap Nona tak serang macam nak hape la...kalau brg tak sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. marahboleh.. tapi kena check lah reason dulu.. takut malu sendiri..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D