Aisya Ismail

Tuesday, 17 October 2017

ADAKAH KERANA FAKTOR USIA?

11:30 6
ADAKAH KERANA FAKTOR USIA?
Assalamualaikum and hye readers~



Pagi ni semangat betul ai bangun pagi. Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Tapi sebab celik-celik mata je tengok jam baru pukul lima pagi. Wahhh ini jarang-jarang berlaku. Selalunya celik mata je mesti dah pukul 6.30 pagi. Ingat sempat ke nak bersiap? Bersiap memang tak lama, tapi nak termenung lagi, mengenang nasib, dan yang paling penting nak pakai baju apa. Semua time tu lah nak fikir.



Jam di dinding terus berdetak ahhhhhhh 🎵🎵🎵



Macam hari-hari sebelum ni, rutin ai sama je. Dah siap-siap, terus turun bawah. Ai dengan encik husband memang selalu siap serentak walaupun dia bangun lima belas minit sebelum nak keluar rumah. Pantas ke laju dia bersiap?


Disebabkan bangun awal, nak pergi kerja pun bersemangat. Kami keluar rumah seiring. Encik husband pakai kasut, ai pakai jacket. Encik husband warm up motor, ai buka pagar. Kasut ai sarung je. Lepas tu kami pun mulakan perjalanan ke destinasi. Tapi ai rasa macam ada yang tak kena. Hati ai rasa tak sedap je. Tapi, biarlah. Maybe perasaan je tu. 


Kami berhenti di gerai makcik di kawasan perumahan tu untuk beli sarapan. Gerai tu gerai favourite kami beli sarapan. Kuih masih 3 rm1. Sedap dan padat. Cekodok pisang rm1 boleh dapat sepuluh ketul. Karipap dia paling best. Lepas borong cekodok pisang kami mulakan perjalanan semula. Hati ai rasa tak sedap sangat. Kurang 500m nak keluar ke jalan besar, tiba-tiba..........................


"Husband, saya memang tak pakai helmet ea masa keluar rumah tadi?" tanyaku kepada encik husband.


Jeng jeng jeng! Patut lah rasa tak sedap hati je. Rupa-rupanya naik motor tapi helmet tak ada atas kepala. Korang rasa encik husband senyum ke gembira kena patah balik? Terus taknak bercakap dengan ai sepanjang atas motor. Kalau tak mesti pot pet pot pet je. Tu belum lagi menyanyi kuat-kuat sepanjang perjalanan. Hahaha! Nasib baik bila dah sampai office dia dah ok. Kalau tak, balik jalan kaki lah ai hari ni. Korang rasa masalah ni berpunca daripada faktor usia ataupun faktor banyak benda nak kena fikir? Banyak lah sangat. *rolling eyes*





FIRST BEAUTY BOX GIVEAWAY BY US WITH LOVE ❤

08:33 1
FIRST BEAUTY BOX GIVEAWAY BY US WITH LOVE ❤
Assalamualaikum and hye readers~



Mari bersegmen.


Klik banner untuk join.


Due Date : 20 September - 20 October 2017







Saturday, 14 October 2017

JENIS BLOG YANG SAYA TAKKAN FOLLOW

11:30 26
JENIS BLOG YANG SAYA TAKKAN FOLLOW
Assalamualaikum and hye readers~


Entri ini bukan nak ngumpat mana-mana blogger, tapi sama-sama lah kita perbaiki blog kita agar lebih mesra pembaca. 😉 Siapa yang sedang membaca entri ai ni rajin blogwalking? Sila cakap 'saya! saya! saya!' di dalam hati ye. Blogwalking dan blogger memang tak boleh nak dipisahkan. Cuba korang cari tips famouskan blog ke, tingkatkan PV ke atau cari kawan melalui blogging atau apa-apa yang sewaktu dengannya, mesti terselit juga blogwalking ni.





Ai tak nafikan ai juga mengamalkan blogwalking ni. Dengan cara ini ai dapat banyak pengetahuan yang dikongsikan oleh blogger-blogger lain. Senarai kawan blogger ai pun dah semakin berkembang ramainya. Mana tak ramai, jalan-jalan follow jalan-jalan follow. Tapi kan, ada juga jenis-jenis blog yang ai tak akan follow atau dalam erti kata lain, malas nak follow. Apakah itu?


1- Dah Lama Tak Update Entri
Blog yang dah bersawang ai memang tak nak follow. Ai follow sebab nak baca entri, tak ada entri buat apa nak follow. Betul tak?

2- Blog Yang Berat
Blog berat ni kadang-kadang content dia tip top tau. Memang baca ayat pertama je dah tahu entri tu best. Tapi kalau nak open pun tak boleh asyik loading je, macam mana kita nak baca. Tekan button follow pun loading lima belas minit. So ai tak jadi nak follow.

3- Followers Button Tersembunyi
Hide and seek. Ai tak rajin nak mencari. Paling gigih pun, ai akan scroll sampai ke bawah. Kalau tak ada, tak mengapa. Maybe next time ai rajin ai main lah cari-cari tu.

4- Asyik Cari Kesalahan Blogger Lain
Blog yang asyik hentam entri blogger lain. Ada je yang tak kena dengan blog orang lain. Lepas tu tulis entri untuk kutuk blogger tersebut. Macam yang ai tengah buat ni. Hehehe! Tapi ai tak kutuk-kutuk tau. Entri ni general. Ai tak tujukan pada orang tertentu. Tak baik. Kecik hati blogger tersebut. Paling hebat pun ai akan joyah joyah dengan encik husband je.

5- Si Blogwalker Penipu
Haaa jangan tak tahu. Ada tau blogwalker penipu. Blogwalking kat blog ai lepas tu tinggalkan jejak di chat box 'saya follow, jangan lupa follow back' 'done follow please follow back' etc. Perkataan follow back tu tak ada masalah, tapi yang jadi masalah, si blogwalker penipu ni tak follow pun blog ai. Better ai follow yang tinggalkan jejak 'please follow my blog and i will follow you back' daripada si blogwalker penipu ni.


Ai paling geram dengan nombor lima tu. Tak perlu kot nak menipu untuk gain follower. Cheap sangat usaha tu. Bukan nak menghakimi cara dia, tapi siapa suka orang menipu kan. Even benda kecik pun boleh gaduh dua tiga hari tau. Haaa so semua pembaca ceritaaisyaismail yang disayangi, jangan lah menipu untuk famous. Sangat tak bagus.






Friday, 13 October 2017

BLOGLIST NOVEMBER 2017

12:05 7
BLOGLIST NOVEMBER 2017
Assalamualaikum and hye readers~


Jom bersegmen lagi dan lagi.


Klik banner untuk join.



Due Date : 11 October - 1st November 2017