NASI GORENG CINTAMU MEKAR DI HATI - Aisya Ismail

Friday, 21 August 2015

NASI GORENG CINTAMU MEKAR DI HATI

Assalamualaikum~

Curlass kau nama menu. Dah macam nama lagu kan? Bukan apa, sekarang kan ramai gadis-gadis yang up daily menu kat facebook. Macam-macam nama menu yang diorang cipta. Padahal menu ikan bilis goreng je, tapi nama menu "bilis ku sayang ku cinta kau bersemadi di salam perutku".. GITUWW!! So ai pun feeling created nama menu yang ala-ala cinta mekar berkembang dalam hati .


Sesuai dengan nama menu, ni ai nak kongsikan menu nasi goreng yang very simple. Ai tau ramai gadis kat luar sana tu yang tengah hangat bercinta tu teringin nak masakkan untuk boyfriend korang kan? Tapi korang tak pandai nak masak or tak ada bajet nak masakkan masak lemak ketam untuk boyfriend korang. Maklum laa, student lagi kan.. Isteri-isteri pun kalau tak sempat nak masak untuk suami tapi suami memang jenis makan air tangan isteri je, boleh lah cuba. Ataupun untuk anak-anak yang balik sekolah dengan perut kelaparan mencari makanan di bawah tudung saji. Kalau macam ai, ai masak untuk perut sendiri. Maklum lah bujang kan. Nak makan luar tak selera pula bila ai pandang pinggan, pinggan pandang ai.


Bahan-Bahan ( Ai tak ada sukatan, ikut hati je )

1- Hirisan isi ayam ( depends korang nak bentuk macam mana. Kalau hebat boleh buat bentuk hati =P Kalau nak tukarkan dengan udang, sotong atau sewktu dengannya pun boleh)
2- Bawang besar dihiris kasar ( Nak halus or dadu pon boleh )
3- Kentang ( ini pun ikut korang nak mencorakkan bentuknya. Kalau tak nak letak pun takpe )
4- Telur ( malam tadi ai tak letak sebab telur habis )
5- Cili boh
6- Sos
7- Nasi putih
8- Minyak masak


Cara-cara

1- Mula-mula korang panaskan minyak masak. Goreng kentang, isi ayam dan telur. Satu kan di dalam satu mangkuk. Kalau korang tak nak letak bahan-bahan ni takde masalah. Tapi dah tak mekar di hati lah kan kalau kosong sangat. Ai lebih suka makan nasi goreng yang banyak isinya.

2- Minyak yang korang gunakan untuk menggoreng tadi, kurangkan kuantiti di dalam kuali. ( Boleh guna minyak yang sama ) Goreng cili boh sehingga garing. Mak ai kata masa dulu-dulu, kalau nak tau dah garing ke belum, kalau tak pandai tengok cuba bau. Kalau batuk-batuk tu tandanya belum garing.

3- Bila cili boh dah garing, masukkan sos. Kuantiti sos tidak boleh lebih banyak daripada cili boh. Nanti nasi goreng korang akan jadi nasi goreng sos. Korang kacau sehingga sebati. Lepas tu masukkan kentang, ayam dan telur yang korang dah goreng tadi beserta bawang. Telur tu make sure telur hancur ye. Jangan goreng telur mata pula. Gaulkan sehingga semua bahan sebati.

4- Masukkan sedikit air. Sikit je tau. Jangan banyak-banyak. Tujuan air ni supaya senang korang nak gaulkan dengan nasi nanti. Kalau korang letak air banyak sangat, nasi korang akan basah atau boleh dikenali sebagai nasi goreng basah. Masukkan sekali garam dan ajinomoto jika diperlukan secukup rasa.

5- Apabila air tadi dah mendidih, masukkan nasi dan gaul sebati. Macam mana nak tau dia dah mendidih? Air dalam kuali tu akan keluarkan gelembung-gelembung udara. Korang cuba masak air, korang perhatikan. Macam tu lah caranya.

6- Selepas nasi tadi dah sebati dengan cili dan bahan-bahan lain, cuba rasa. kalau tak cukup garam tambah garam. Kalau semua dah ok.... SIAP!


Taraaaaaa!! Ni lah hasil nya. Nasi Goreng Cintamu Mekar Di Hati. Nampak yummy tak?


Korang jangan complain "nampak biasa-biasa je" atau seumpama dengannya. Nama pun nasi goreng yang "very simple". Ini untuk dinner ai malam tadi so ai tak beriya nak menghias. Tak kuasa laa. Makan sorang je pun. Kalau korang nak nampak menarik, Korang boleh letak daun salad, timun, tomato etc. Pandai-pandai lah korang nak hias pinggan korang bagi nampak gedebaboomm..


Nasi Goreng Cintamu Mekar Di Hati siap dihidang =) Selamat mencuba =)

7 comments:

  1. Bila kita masak, kita je tau sedap ke tidak.. haha nak lagi kenyang tambah ayam ke telur ke kan..

    oh ya, nak bgtau, kalau nk tgk viewers blog kita ni, boleh je tgk kat blogger.com. dia belah kana setiap entri kita.

    selain kt bloggger .com tu boleh je, sign in nuffnang ataupun histat.com. free je. ^^

    ubai pakai histat ^^

    **harap menjawab saya menjawab soalan yang di tnya ya :)

    salam kenal ya :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cuba laa resipi ni.. x menyesal =)
      nanti ai cuba...
      owh yee pasal nuffnang tu da pernah masukkan .. tak berjaya.. so hold dulu laa..
      salam kenal juga :)

      Delete
  2. sokay jer, yang penting nama tuh win ! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. nama win baru berselera.. hihi

      Delete
  3. haha. kerlass kau jah.. hehe. sedap betol nama menu tu Ai..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D