CARA MENGATASI MASALAH MENGANTUK - Aisya Ismail

Saturday, 17 June 2017

CARA MENGATASI MASALAH MENGANTUK

Assalamualaikum and hye readers~


Rasa mengantuk ya amat sekarang ni. As part time tailor, ai memang kadang-kadang tidur lambat. Memandangkan raya dah dekat ni, lagi lah kerap ai tidur lambat. Yelah, masih ada a few baju customer yang belum siap.. 😓 Takut lah juga tak siap baju customer. Kena kecam sampai viral nanti. Tak nak lah sampai macam tu kan.


Yang pelik nya, masa di rumah tadi segar sangat mata ni. Bila masuk je office, syaitan bergayut-gayut kat kelopak mata. Eh bulan puasa kan syaitan kena ikat! Haaa salah sendiri lah tidur lewat kan!


Gambar hasil carian di google.

Tapi memang betul malam tadi ai tidur lewat. Sebab bila mood menjahit tu dah sampai, memang rasa sayang nak lepaskan mesin jahit. Macam tangan ni kena gam dekat mesin tu. Hasilnya.. Nah amik kau.. Mata pula yang macam kena gam hari ni. Ditambah pula dengan hujan yang lebat di luar. Perghhh serius ai memang nak cari katil sekarang ni!!


Apa yang perlu dilakukan untuk hilangkan rasa mengantuk ni? Jom ai kongsikan.


Korang kena rajin try and error juga. Kadang cara ni tak jadi tapi cara tu jadi. Selalunya salah satu mesti jadi. Kalau semua cara tak jadi, korang memang kesian. Hahahah. Sambil-sambil berusaha nak berperang dengan rasa mengantuk tu, cuba korang amalkan potongan ayat Qursi ni. Insyaallah rasa mengantuk tu pergi jauh-jauh.



لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ

" La Takkhudzuhu Sinatuw Wala Naum…”

(maknanya: “[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

Makan dan Minum
Kalau bukan bulan puasa, cara ni yang ai akan buat dulu. Cara ni tak hilangkan mengantuk, tapi melengahkan mengantuk. Mengantuk pun boleh dilengahkan ye? Ini terpulang kepada individu tersebut. Coffee? Ramai juga suruh minum coffee or nescaffe. Tapi ai tak boleh minum minuman yang mengandungi caffein. Bukan hilangkan mengantuk, tetapi memeningkan kepala. Tapi korang boleh cuba juga.


Pandang Benda Atau Pemandangan Yang Hijau
Kat office ai cermin transparent. Maksudnya tingkap tu tak ada blocking dengan apa-apa rak atau almari yang selalu office buat tu. So ai boleh terus pandang pokok-pokok kat luar office. And i'm so lucky. Betul-betul depan office ai ada tasik! Sejuk mata memandang tau takk.. 


Berjalan-jalan
Kalau korang jenis yang kalau terus-terusan duduk boleh sampai terlena tu, rajin-rajin lah bangun pusing-pusing satu office. Exercise lah sikit regang kan otot tu. Bagi lancar perjalanan darah. Kalau ai, ai akan terus berjalan ke toilet basahkan kelopak mata. Cubalah..


Bergossip Dengan Rakan Sekerja
Ok yang ni ai tak galakkan. Tapi kalau dah cuba semua cara tak boleh, apa salahnya bergosip kan. As long as tak mengganggu rakan tu dan tak menjejaskan kerja sehingga digelar "makan gaji buta" why not kan. Ai nak nasihatkan, kalau bergossip tu jangan lah sampai memudarat dan memalukan orang lain ye. Berpada-pada.


Melayari Internet
Haaa ni memang tersangat lah kerap ai buat kalau mengantuk. Ai akan baca blog. Satu dua entri cukup lah. Nanti bila ai ngantuk balik, ai baca lagi. Tapi ai takkan terjah baca semua blog tau. Blog yang ai akan baca mesti kena menarik minat ai untuk baca. Kalau tak, usaha ai akan menjadi sia-sia. Confirm bertambah mengantuk.


Tido Je Lah
Last choice, kalau dah buat segala-galanya tapi still mengantuk juga. Pergi tidur je lah. Tak salah tidur sekejap. Tapi jangan tidur sampai lima enam jam. Macam kat rumah lak korang buat. Cukup lah at least sepuluh minit. Itu pun dah bersyukur. Waktu lunch boleh lah tidur satu jam.


Haaa apa tunggu lagi? Pergilah cuba. Takut-takut terlena pula depan pc tu. Tak pasal-pasal kena cop makan gaji buta. Kalau berjaya, tinggalkan komen ye.. 😉



SELAMAT MENCUBA!!

3 comments:

  1. hahah last tips tu mmg dah xboleh nk buat ape dahhh hihihi

    ReplyDelete
  2. Sha kalau minum kopi or nescafe memang lagi mengantuk.. Hahaha.. terbalik kan..
    selalunya gi basuh muka or jenjalan ke meja kengkawan.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Akak selalunya akan basuh muka dan tengkuk untuk elakkan mengantuk... =) sebab bila kena air, akan rasa segar jea..

    ReplyDelete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D