HIASI RUMAH DENGAN MENGGUNAKAN FRIDGE MAGNET - Aisya Ismail

Tuesday, 13 June 2017

HIASI RUMAH DENGAN MENGGUNAKAN FRIDGE MAGNET

Assalamualaikum and hye readers~


Kalau sebut pasal fridge magnet mesti ramai yang dah terbayangkan fridge magnet yang penuh dekat pintu peti sejuk kan?


Sejak dua menjak ni ai suka sangat dengan fridge magnet. Mungkin sebab ada banyak design yang comel-comel kot. Ada frdge magnet yang ai beli sendiri dan ada juga souvenir dari kawan-kawan yang bercuti sana sini.



Gambar hasil carian google.


Memandangkan ai duduk menetap di rumah mertua, ai tak mempunyai peti sejuk sendiri. So ai kena cari altenatif lain untuk display fridge magnet yang ai ada. Takkan nak simpan je kan. Bukan tak boleh display kat peti sejuk mertua, tapi masalahnya peti sejuk mertua pun dah penuh dengan fridge magnet. Heheheh.


Pikir punya pikir, akhirnya ai letak di kaki meja. Kalau korang tau meja ikea yang warna putih tu, kaki meja tu kan diperbuat daripada logam, so ai display je kat situ. Sedap mata memandang. At least ada lah decoration sikit bilik ai tu. Heheheh.



Gambar dari webside ikea
Haaaa ni lah table nya. Ai display kat sudut dalam bilik. Kat kaki meja tu lah ai susun kan fridge magnet tu. Kalau korang berminat dengan meja ni, korang boleh dapatkan di ikea dengan harga rm99 sahaja.


Nak dijadikan cerita, haritu peti sejuk mertua ai rosak. Nak baiki pun dah tak boleh. Bahagian freezer dah tak function. So mertua ai decided untuk beli peti sejuk baru. And of course semua fridge magnet dia cabut. And lepas tu tak lekatkan balik pun. Ai tak tanya pun sebab nya. Beberapa hari lepas tu, ai balik dari kerja ai tengok fridge magnet tu dah terlekat. Tapi bukan di peti sejuk tau.








Kat mana tu? Yup kat dinding dapur. Hahahah creative betul father in law ai ni. Kemas je. FIL ai lekat dengan menggunakan double side tape yang tebal tu. Terus ai terfikir, walaupun nama nya fridge magnet, tak semestinya kita kena letak kat peti sejuk. Kalau berfikir luar dari kotak fikiran, macam-macam boleh buat tau. Malahan, boleh jadi lebih cantik mata memandang.


Ok, hasil carian google, jom ai kongsikan cara deco menggunakan fridge magnet yang lain.



Floor Spinner

Framed


Wall


Magnetic Boards



Macam mana? Terinspirasi tak? Boleh lah korang cuba lepas ni. Ditambah pula nak raya ni kan. Boleh lah mencuba sesuatu yang baru. Ai nak cuba buat magnetic boards tu dalam bilik lah. Di samping ai melekatkan fridge magnet kenagan dari kawan-kawan, ai boleh juga buat ruangan notes. 


Ok, sampai di sini sahaja entri kali ni. Sehingga bertemu lagi. Selamat mencuba!
Assalamualaikum.

8 comments:

  1. Baru je timbul hobi kumpul fridge magnet.

    ReplyDelete
  2. my mom pun suka collect fridge magnet ni.

    ReplyDelete
  3. nnti dah ada petia ais sendiri leh la bubuh ye...

    Salam Ramadhan!

    ReplyDelete
  4. wahhh. best ni kalau ada bnyk mcm ni. hehe

    ReplyDelete
  5. fridge magnet sha dah tak dok..
    anak-anak buat main.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak memang suka sangat fridge magnet..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D