MENANTU VS MERTUA - Aisya Ismail

Thursday, 6 July 2017

MENANTU VS MERTUA

Assalamualaikum and hye readers~


Kalau di media social tu sering kita baca tentang masalah-masalah kehidupan pengguna facebook. Dari hanya status biasa sampai lah karangan panjang berjela. Ada yang bahagia, ada yang bergaduh tak kurang juga dengan yang berduka lara.


Masalah yang famous dan sering ai baca adalah masalah rumah tangga, keluarga, menantu dan mertua, makanan, penyakit dan bermacam-macam masalah.


Dalam banyak-banyak masalah itu, ai sangat tertarik dengan permasaalahan mengenai menantu vs mertua. Since ai ni seorang menantu yang masih mempunyai kedua orang mertua, boleh lah kalau ai nak bagi komen untuk isu-isu yang sensitive macam ni. Yelaa hidup ni kan everything kena ada prove. If not orang mesti guna ayat ni "tak pernah jadi kat kau, so kau tak tahu" atau pun "kau nak sembang isu mertua, macam lah kau ada mertua".




Sebenarnya dah lama ai nak komen isu ni, ai ada terbaca satu article di media social tentang duduk sebumbung dengan mertua. Rata-rata mengatakan jangan duduk dengan mak mertua, sebab lama-lama mertua akan nampak perangai buruk kau. Bagi ai, kalau kau tak duduk dengan mertua pun, kalau perangai tu dah tak elok tetap orang akan nampak. Nak bagitau atau tak je kat kau. Tapi kalau korang rasa dah buat yang terbaik tapi still ada silap, teruskan lah. Nobody perfect ok.


Tapi kan, apa yang ai setuju adalah untuk tak duduk rumah mertua selamanya. Hahahah. Yelaa semua orang perlukan privasi kan. Nak berdikari. Sampai bila nak mengharapkan orang tua. Dari bujang sampai dah beranak pinak? Betul tak? Kalau baru-baru kahwin macam ai ni tak apa lah. Nak stabilkan diri masing-masing dulu. Kuikuikui 😆


Yup.. Ai dan encik husband ada perancangan untuk duduk di mahligai sendiri. Tapi slow-slow lah kami kayuh. Takut kalau kayuh laju-laju nanti terbabas.



Berangan dulu apa salahnya. Ye dakk?


Macam mana ai boleh tahan duduk dengan mertua ye? Alhamdulillah, mertua ai sangat understanding walaupun diorang bukan lah sporting habis pun. Hehehe. Tapi diorang tak ada masalah pun bila ai kerja di office waktu siang dan menjahit di malam hari. Nampak tak gigih cari rezeki sampai buat dua kerja kan. Haaa sebenarnya tiga kerja ok. Tapi kerja ketiga tu nanti lah ai cerita kan. Hehehe.


So, ai memang tak sempat langsung lah nak ke dapur kan? Tapi ai cuba untuk menjadi menantu yang baik walaupun ai sedar ai ni insan biasa yang tak sempurna.. Tapi usaha tu kan penting. Tak tolong memasak, mengemas pun ok lah kan? Tapi! Hari minggu ai akan turun ke dapur untuk tolong mertua ai. Kadang-kadang dia lepaskan ai yang memasak. Ai ok je, boleh asah bakat di dapur kan? Cuma ai ada problem malas nak fikir nak masak apa.


Ada juga kawan-kawan ai yang cakap, 'kau boleh lah mertua kau tak banyak karenah'.


Jujur ai cakap, ai pun sebenarnya tak tau mertua ai tu selesa atau tak dengan ai. Tapi macam ai cakap tadi lah, ai cuba untuk jadi menantu yang baik. Kalau diorang tegur, ai cuba berubah. Yup, pernah je kena perli sekali dua. Heheheh. Jangan cepat amik hati dengan mertua. Tapi kalau diorang ada cakap-cakap belakang tu, ai no comment lah. Korang anggap je mertua korang tu macam ibu bapa korang. Insyaallah korang akan selesa.


Tapi kan, nasihat ai ni untuk yang mertua tak ada masalah tapi korang terpedaya dengan masalah di media social. Kalau jenis mertua yang memang asyik nak cari salah korang je, korang buat seribu kebaikan pun diorang tak pandang, memang patutlah korang ada gap dengan mereka. Tapi masih juga kena amik hati mereka tau. Jangan buat macam suami / isteri korang tu bukan anak mereka. Kalau korang pula memang jenis dengan ibu bapa sendiri pun tak boleh ngam, ai nasihatkan berubah lah.


Oh ye! Ai bukan spesis hebat memasak tau. Masak simple-simple tu ok je. Tapi ai suka gunakan khidmat pak cik G untuk mencari resepi. Lepas tu tukar-tukar sikit jadikan sesuai untuk selera tekak sendiri. Selalunya berjaya tau! I'm proud to be me! Hahaha!

6 comments:

  1. biasa kalau duk dekat dengan family @ sedara banyak kena jaga..kalau duk jauh bebas sikit..hehe..mertua sy pun sporting, tapi kalau duk dekat risau gak mertua nampak banyak kekurangan diri ni..hehe..saya dah nak masuk 4 tahun dah kawin..memang rasanya sekali je pernah masak..huhu..sekarang lebih kepada tlg kemas2 rumah , sidai baju lipat baju je kalau balik kg..hehe :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi ai, apa yang kita buat tak penting. Usaha nak ringankan beban mereka yang penting.. hehehehe

      Delete
  2. Kita baca je sbb belum kawin. hehehe. May you and husband be blessed, always =D

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. pendapat tentang duduk dengan mertua..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D