SAKIT GIGI DATANG LAGI - Aisya Ismail

Tuesday, 4 July 2017

SAKIT GIGI DATANG LAGI

Assalamualaikum and hye readers~


Sakit gigi ni punca kemurungan sepanjang hari tahu tak? Tapi ai tak sure kenapa ramai yang takut sangat untuk berjumpa dentist. Ai mengaku ai salah seorang darinya. Ai tak takut sangat pun, tapi bila part jarum bius tu..... Ai surrender ok.





Sebelum ni kalau ai sakit gigi ada juga amalkan petua-petua hasil carian dari pak cik G. Tapi majoriti melibatkan herbs. Ai memang kurang sikit bila kena makan herbs ni.


Atas recommended by kawan ai, ai cuba makan Hurix sakit gigi. Memang mujarab tau! Cuma ai take time setiap kali nak telan sebab herbs dia kuat sangat. Tapi siapa yang ok dengan herbs, highly recommended. Sebelum telan Hurix ni, please makan nasi ye.

Gambar hasil carian google.

So, ai pergi cari ubat lain kat farmasi. Alhamdulillah ai jumpa ubat yang sangat serasi dengan ai. Second time makan tu dah ok lah. Kalau korang pergi farmasi korang cakap je nak ubat sakit gigi. Tapi selalunya diorang memang akan suggest untuk jumpa dentist juga. Haaa memang kalau sakit gigi tu better pergi jumpa dentist je. Tapi mengenangkan jarum bius tu, ai memang tak sanggup.


Kalau korang tak suka atau taknak makan ubat sakit gigi, ni ai kongsikan petua lain untuk mengurangkan sakit gigi.


  • Berkumur dengan menggunakan Listherine sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
  • Gunakan minyak gamat. Sapukan pada putik kapas dan sapukan di gigi yang sakit.
  • Gigit tiga kuntum bunga cengkih. Kalau gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih tu dan isi dalam lubang di gigi itu.
  • Berkumur dengan air garam.
  • Hiris bawang putih dan letakkan di tempat yang sakit sekurang-kurangnya satu jam.
  • Kunyah daun jambu batu atau daun bayam.
  • Jemur beberapa keping asam jawa dan tumbuk halus. Sapukan pada gigi yang sakit.


Ada lagi petua-petua lain, tapi keberkesanan dia ai tak sure sebab tak pernah cuba. Petua-petua di atas ni antara petua yang ai pernah cuba dan ternyata berkesan. Tapi untuk tempoh sementara je tau. Jalan terbaik, jumpa lah dentist. Sakit sekejap je. Ecewahh pandai pula nasihat kan orang.





Korang cuba lah pula. Mana tau berkesan juga kan. Tapi apa yang penting gosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari tau. Jaga gigi tu baik-baik. Barulah lambat rosak. Oh ye, ai guna ubat gigi Darlie Mint yang warna hijau tu. Rasa segar sikit.


Selamat mencuba ok. Assalamualaikum~

31 comments:

  1. alolo.. sakit gigi tu mmg penyebab kemurungan abadi.. haha.. get well soon sis..

    ReplyDelete
  2. Saya selalu sakit gigi tapi tak pergi dentist pun huhu. Pastu berus gigi guna sensodyne, kurang sikit la sakit gigi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sensodyne rasa ubat sikit.. tapi bagus untuk plak gigi..

      Delete
  3. hasih... mmg tak tahan kalau sakit gg ni... nice sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. rasa nak menangis je sepanjang masa..

      Delete
  4. Bagus petua byk ni. Sakit gigi boleh buat bad mood ooo

    ReplyDelete
  5. Bagusnya petua! Betul la, sakit gigi memang merana sepanjang hari dan sepanjang masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. ngeri woo tak sanggup nak ingat rasanya..

      Delete
  6. scary woo sakit gigi ni...blh lumpuh sblh tubuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh betul ke sampai boleh lumpuh?

      Delete
  7. Bolehlah try ubat ni pulak lepas ni kalau sakit gigi.. BIasa beli kat klinik gigi jerk ubat kalau sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa cuba lah.. harga below rm10 je.

      Delete
  8. So far takda lagi sakit gigi. Tapi kalau jadi in future, boleh try tips ni and that medicine! Thank you.

    ReplyDelete
  9. Haha, selalu sakit gigi maksudnya ada something wrong dengan gigi ataupon mmg jenis sensitif. Kalau tiba-tiba tu takot berlubang ke apa, sebab tu kena jumpa dentist. Baru taw jugak Hurix's ada ubat sakit gigi.

    // Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
    HERE

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun.. kalau dah tak boleh handle dengan ubat baru jumpa dentist.. okokok will join soon..

      Delete
  10. Sakit gg tu sakit yang paling sakit antara banyak banyak penyakit...hihi

    ReplyDelete
  11. saya pulak selalu sakit kat area gigi bongsu...kalo datang time bengkak, nak bukak mulut pun xboleh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishkk sampai bengkak baik jumpa dentist..

      Delete
  12. Saya belum pernah kena sakit gigi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius jeles orang yang tak pernah sakit gigi ni tau..

      Delete
  13. Saya pulak tak oernah sakit gigi.

    ReplyDelete
  14. Saya sedang melalui zaman gigi perlu dicabut dah... bila sakit memang tak boleh buat kerja langsung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti up entri experience cabut gigi ye..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D