SESI PERKENALAN DENGAN AVON - Aisya Ismail

Wednesday, 12 July 2017

SESI PERKENALAN DENGAN AVON

Assalamualaikum and hye readers~


Selama hari ini ai tak pernah sekali pun terlintas untuk menggunakan produk Avon. Bukan apa, produk Avon mana ada dijual di pasar raya ataupun farmasi. Dan ai tak ada kenalan yang promote produk ni pada ai. Kedai dia pun ai tak pernah jejak.





Sebelum puasa hari tu, ai ada berjumpa dengan kakak ai. Kami berjumpa sebab sama-sama pulang ke kampung. Dia bagi catalog Avon pada ai sebab dia baru join member. Masa tu ai macam... Avon? Apa yang ai nak beli dengan Avon ni? Nervous lah. Tetiba berpeluh. Over tak? Tu lah first time ai pegang catalog Avon.


Belek punya belek catalog tu, ai terpandang eyeliner stick. Ok! Yang satu ni ai tak boleh tengok. Ai memang suka beli eyeliner. Boleh kira macam hobi kot. Tapi ai beli bukan untuk kumpul ye. Tapi untuk pakai. Rajin juga lah ai try and error macam-macam brand. Sebab ai suka yang tak comot, kekal dan senang nak cuci. Haaaa nampak tak dia punya cerewet. So far eyeliner yang ai kerap beli dan pakai adalah Revlon Colorstay Eyeliner.



Lepas pilih ai liner tu ai baru perasan yang ada promo if ai beli  eyeliner + matte lipstick, ai akan dapat percuma beg. So ai pun amik lah satu lipstick tu. Bukan nak sangat pun beg tu. Tapi tertarik dengan perkataan percuma je. Hehehe. Perempuan kan 😜


Selepas hampir sebulan, barulah ai dapat barang-barang tu. Bukan sebab lambat beli atau tak ada stok, tapi sebab ai malas nak pergi amik dan ai tak bagi kakak ai datang jumpa ai semata-mata nak hantar benda tu. Membazir petrol je. Sekarang harga minyak makin mahal!


Dapat je eyeliner dan lipstick tu, terus try. Tak menyempat tunggu esok. Bila ai try tu, terus happy ok! Especially eye liner! Best weyhh! And lipstick? Best juga! Lepas try tu ai order lagi satu lipstick. Mengada kan? Bukan apa, ai nak warna lain pula. Hehehe!



Dua warna je..
Masa ai jumpa kakak ai masa hari raya haritu, dia bagi catalog baru. Ai tak ada apa pun nak beli. Tapi belek juga lah. Sebab memang jenis suka belek catalog. Entah kenapa eyeliner tu memanggil-manggil ai sekali lagi. So ai decided untuk beli warna starry night blue. Haaa! Gempak warnanya. Tapi dark blue je pun. Hehehe.


Yang biru tu nipis sebab first time pakai.


Kali ni ai add on hair serum. Sebab hair serum ai dah habis. Cuba-cuba je. Nasib baik best. Hair serum Avon tak berapa oily. So ai memang suka. Sebab kalau terlalu oily, tak sesuai bila ai bertudung. Kepala ai akan start gatal-gatal. Rosak mood sehari.


Buat masa ni ai nak elakkan diri dari belek-belek catalog Avon. Takut perasaan nak cuba tu datang lagi. Kalau keperluan yang ai guna selalu macam barang-barang yang dah beli tak apa lah. Tapi kalau kehendak yang tak digunakan, kan dah membazir. Amalan syaitonnn! Tak mahu macam tu ye!



Cukup lah ni
  • AVON GLIMMERSTICKS EYE LINER code G01 Blackest Black
  • AVON GLIMMERSTICKS EYE LINER code G60 Starry Night Blue
  • AVON TRUE COLOR PERFECTLY MATTE LIPSTICK code P002 Pure Pink
  • AVON TRUE COLOR PERFECTLY MATTE LIPSTICK code P102 Ravishing Rose
  • AVON advance TECHniques HAIR SERUM WITH MOROCCAN ARGAN OIL

4 comments:

  1. Dulu tiap2 bulan CCL akan beli barangan avon ..sekarang dah kurang

    ReplyDelete
  2. akak suka perfume dia yang far away tu, tapi dah lama tak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pakai juga. Guna kakak punya. Tapi sekarang baru tau avon punya..

      Delete

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D