SHAKE IT! SHAKE IT! - Aisya Ismail

Friday, 21 July 2017

SHAKE IT! SHAKE IT!

Assalamualaikum and hye readers~


Herbalife? Rasanya ai tak perlu nak introduce apa benda kah itu. Korang google lah sendiri. Kalau malas nak google, korang klik je pada logo di bawah ni. 👇





Family encik husband memang pengguna Herbalife yang setia. Mother-in-law ai agent produk ni. Masa nama Herbalife meletup-letup suatu ketika dahulu, merata tempat dah dia pergi bercuti. Haipp! Siapa kata sekarang Herbalife dah tak famous? Masih famous, dan Mother-in-law ai still buat income dengan produk ni. Cuma iklan mengenai produk ni dah tak meluas macam dulu.


Yeke? Atau ai yang tak perasan? Entah lah..


Encik husband memang akan sarapan shake Herbalife setiap hari bekerja. So, pagi tadi ai buatkan macam biasa. Tiba-tiba dia whatsapp ai 'sedap nye shake hari ni😋' 'hari2 mcm ni boleh kurus'. Wahhh bukan senang dia nak puji shake yang ai buat. Sebab belum boleh lawan shake yang dibuat oleh mother-in-law ai.



Tropical fruit flavor


Sebab dah dipuji, terus ai decide untuk update entri hari ni. Jom ai ajar cara nak buat shake Herbalife bagi sedap dan lazat versi ai.

  • 200ml 9.5ph kangen water (guna lah apa-apa air masak pun tak apa)
  • 250ml susu segar (ai guna dutch lady)
  • 2 biji kurma (keluarkan biji)
  • 3 sudu Formula 1 Herbalife
  • 1 1/2 sudu oat
  • 8-9 ketul ice

Bland je semua bahan-bahan di atas. Siap! Selamat mencuba.






P/s: Elakkan daripada menggunakan blander masak. Kalau ada satu blander je, cuci bersih-bersih dahulu supaya rasa nya tak berubah.



4 comments:

Janga lupa untuk tinggalkan komen =D